Selamat Datang Ke Laman Sesawang SK Sungai Judah (A) Pulau Carey

Thursday 18 April 2013

Doktor Muda

Kursus Doktor Muda yang telah dijalankan di Perpustakaan Awam Banting pada awal April yang lalu. Kursus yang amat berguna kepada guru pembimbing serta doktor- dortor muda Sekolah Kebangsaan Sungai Judah (A). Doktor Muda banyak diberi pendedahan tentang maklumat kesihatan serta latihan bantuan kecemasan untuk di sampaikan kepada rakan-rakan di sekolah nanti. Doktor Muda merupakan duta kesihatan di sekolah dan tinggi harapan penulis mudah-mudahan Sekolah Kebangsaan Sungai Judah (A) dapat melahirkan seorang doktor pada masa hadapan kelak.Insya Allah =)






Eksperimen

Kelas 5 setia semasa menjalankan eksperimen sains. Kelihatan murid-murid sangat 'enjoy' dan gembira melakukan aktiviti di dalam kelas. Setiap murid menunjukkan potensi diri masing-masing melalui hasil eksperimen mereka. Tahniah cikgu ucapkan.