Selamat Datang Ke Laman Sesawang SK Sungai Judah (A) Pulau Carey

Saturday 15 March 2014

MSSD Kuala Langat 2014

Pada 10-13 Mac yang lalu, SKSJ telah menghantar wakil dalam kejohanan olahraga dan balapan MSSD Kuala Langat yang berlangsung di Kompleks Sukan Kolej Matrikulasi Selangor.

SKSJ telah menghantar wakil dalam acara melontar peluru lelaki dan perempuan. Memandangkan peluang untuk mendapat pingat sangat nipis tetapi atlet kami telah berusaha bersungguh-sungguh dalam acara yang mereka sertai tanpa mengenal putus asa. Tapi nasib tidak menyebelahi kita kerana semua acara yang disertai gagal membuahkan pingat.

Bukan pingat yang kami buru tetapi pengalaman berharga menyertai MSSD ini yang kami inginkan kerana murid-murid kami sangat memerlukan pengalamn seperti ini. Semoga atlet-atlet SKSJ dapat berusaha lagi untuk pertandingan pada masa hadapan....Tiada Yang Mustahil..Berusaha dan Terus Berusaha!!

Khemah para peserta

Atlet-atlet dari sekolah sekitar Kuala Langat

Suasana pada hari kejohanan

Acara trek..

Atlet-atlet menerima air milo percuma....

Peserta-peserta lontar peluru lelaki

Action Song: SK Sg.Judah Tempat Ke-5

 Pada 8 Mac yang lalu, SKSJ telah menyertai karnival Bahasa Inggeris Peringkat PPD Kuala Langat 2014 yang telah berlangsung di 3 tempat yang berbeza iaitu SMK Sijangkang Jaya, SK Sijangkang Jaya dan SK Kg.Medan...

SKSJ telah menghantar wakil di dalam acara action song dan juga acara poetry. Acara Action Song telah diadakan di SK Sijangkang Jaya manakala Poetry diadakan di SK Kg.Medan...Tahniah diucapkan kepada peserta action song kerana telah mendapat tempat ke-5 dalam acara tersebut. SKSJ telah berjaya untuk naik ke pentas dan telah dapat membuktikan bahawa sekolah asli juga dapat bersaing dengan sekolah luar dalam acara yang melibatkan Bahasa Inggeris.Well done guys!!

Tahniah juga diucapkan kepada jurulatih action song SKSJ Mr.Safwan kerana berusaha dan bersusah payah melatih murid-murid SKSJ denga tekun tanpa berputus asa. Good Job Teacher!!

Semoga tahun depan SKSJ dapat lagi naik ke pentas untuk memenangi lagi pertandingan ini..Insyaallah..

Peserta Poetry SKSJ bersama Teacher Priya

Peserta Action Song bersama-sama guru pengiring (Cikgu Halimi & Cikgu Azurah)
Sebahagian aksi persembahan daripada SKSJ yang sangat bertenaga

Menarik dan bertenaga.....

Pelbagai aksi yang menarik minat juri

Bersemangat dan terus berusaha

Dan akhirnya kami mendapat tempat ke-5 daripada 12 sekolah yang bertanding..kami satu-satunya wakil daripada sekolah asli di Kuala Langat...Syabas..

Majlis Penyerahan Kenderaan APV Sumbangan SUZUKI

Assalamualaikum warga pembaca...
Entri ini mungkin agak lambat untuk di'post'kan kerana pada 15 Februari yang lalu, satu majlis penyerahan kenderaan APV sumbangan Syarikat SUZUKI kepada SK Sg Judah (A). Memandangkan terdapat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan menyebabkan entri berkaitan majlis ini gagal di'post'kan dengan cepat. Tapi alhamdulillah, segala kekusutan tadi telah dapat diselesaikan jadi kami segere meng'post'kan segala peristiwa dan majlis yang berlaku sepanjang bulan Feb dan Mac ini.





Majlis penyerahan Kenderaan APV ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Salleh Bin Mohd Kassim, Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor. Malah majlis ini juga telah diserikan dengan kedatangan Encik Keiichi Suzuki, Pengarah Urusan Suzuki (M) Sdn. Bhd.
 
Majlis ini  bermula pada pukul 9.00 pagi dan telah diserikan dengan persembahan jo'oh dari masyarakat Mahmeri kampung Sg.Judah. Majlis ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis seterusnya ucapan Encik Abd. Rahman Bin Ahmad, Guru Besar SKSJ dan ucapan perasmian dari En. Mohd Salleh, Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor. Majlis tamat pada pukul 12.30 tengahhari.

Majlis gimik Penyerahan APV ini telah dilakukan di padang yang mana gimik helikopter kawalan jauh telah membawa replika kunci dan dibawa kepada En.Keiichi Suzuki untuk diserahkan kepada Guru Besar SKSJ. Kenderaan ini bertujuan untuk kegunaan pihak SKSJ dalam semua aktiviti yang melibatkan warga SKSJ terutamanya murid-murid yang memerlukan pengangkutan untuk ke luar mengikuti program atau pertandingan di luar sekolah. Pendek kata APV ini merupakan kenderaan rasmi bagi SKSJ.
 
Kami warga SKSJ mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat SUZUKI kerana sudi menyumbangkan kenderaan APV ini kepada kami. Segala jasa anda amatlah bermakna bagi kami..
 
kami bersama kendaraan APV kami...

Kenderaan rasmi SKSJ

Majlis Penyerahan APV masuk suratkhabar ok...glamor SKSJ..