Selamat Datang Ke Laman Sesawang SK Sungai Judah (A) Pulau Carey

Sunday 27 July 2014

Syawal Bakal Menjelang Lagi...

Bersempena dengan bulan Syawal yang bakal menjelang tiba,Kami warga SKSJ(A) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.Salah dan silap kami menyusun 10 jari memohon kemaafan seandainya ada yang terguris, tersaya dengan pihak kami...Jom Balik Kampong Beraya!!!




Sunday 20 July 2014

Tragedi MH17 - AlFatihah

tregedi MH17.
Salam takziah kepada seluruh anggota keluarga Pesawat Boeing 777 / MH 17 yang terkorban semalam. Pesawat Boeing 777-200 MH 17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh di perkampungan Grabovo, Donestk, Ukraine, berhampiran sempadan Russia, malam tadi.

Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko, dalam laman Facebooknya berkata pesawat itu dipercayai ditembak jatuh oleh pemisah di ruang udara Ukraine menggunakan peluru berpandu ‘Buk’, sejenis peluru berpandu darat ke udara.
Ketika kejadian, pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur itu membawa 283 penumpang dan 15 kru. Semua penumpang dan kru dipercayai terbunuh dalam tragedi itu.
Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan bahawa 298 orang iaitu 283 penumpang dan 15 anak kapal berada dalam pesawat Boeing 777 yang terhempas di Ukraine semalam semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Penumpang dan anak kapal mengikut warganegara iaitu:
  • Belanda 154
  • Malaysia 43 (termasuk 15 anak kapal dan dua bayi),
  • Australia, 27
  • Indonesia, 12 (termasuk seorang bayi),
  • United Kingdom, 9
  • Jerman, 4
  • Belgium, 4
  • Filipina, 3
  • Kanada, 1
  • Dan 41 belum disahkan kewarganegaraan.
Takziah kepada semua ahli keluargs yang terkorban.
.
Diharap seluruh keluarga mangsa bersabar dan redha menerima ujian ini dan mendoakan semoga roh2 Allahyarham dicucuri dan dirahmati Allah Ta’ala dan ditempatkan bersama-sama roh orang-orang soleh, beriman dan para syuhada. Al-Fatihah…
Kepada ahli keluarga bukan Muslim, diharap dapat bersabar menerima kehilangan orang tersayang akibat tragedy dahsyat yang di luar jangka ini dan sesungguhnya seluruh rakyat Malaysia turut bersimpati atas pemergian mendiang.
 .
Dalam kita mengikuti perkembang berita seterusnya dengan persoalan bagaimanakah keadaan tubuh mangsa serta apakah sebab sebenarnya pesawat tersebut diperlakukan sebegitu rupa.
 .
MH 17 dinamakan bagi pesawat Boieng 777,
Semasa trgedi genap ulang tahun ke 17
Tarikh dilancarkan pada 17.7.1997
Tragedi berlaku pada 17.7.2014,
Hasil jumlah dari 2+0+1+4=7,
Banyak nombor 7…
Ada hikmah tersembunyi disebalik setiap yang berlaku…
Hendaklah kita bersabar, bertawakal, bertakwa dan redha kepada Allah سبحانه وتعالى. Sewajarnya tragedi ini dapat membantu kita muhasabah diri, menginsafi dan kembali dekat dengan Allah yang Maha Khaliq.
Apa yang pasti ALLAH سبحانه وتعالى menguasai 7 petala langit dan 7 lapisan bumi!


 

Video Perkhemahan 2011

Terjumpa video lama...kenangan mengusik jiwa....


Saturday 19 July 2014

Majlis Iftar Bersama Suzuki Malaysia Automobile (SMA) 2014

Buat kali-3 berturut-turut, keluarga angkat kami Syarikat Suzuki mengadakan majlis berbuka puasa untuk anak murid Islam SKSJ(A) bertempat di Laman Qaseh Seksyen 7 Shah Alam pada 18 Julai 2014. Jutaan terima kasih kami tujukan kepada Syarikat Suzuki kerana sudi menjemput kami dan telah mengadakan aktiviti yang menarik kepada kami semua....Arigato Suzuki....:)

Murid-murid menunggu bas di Sekolah untuk ke Laman Qaseh

Keriangan terpancar di wajah murid-murid


Tiba di destinasi yang dituju

Cikgu Mai dan anak-anaknya

Warga SKSJ(A) disambut oleh SMA

Sekitar aktiviti yang sempat dijalankan oleh pihak SMA





Acara pemberian duit raya oleh En.Keiichi Suzuki..arigato..

Persembahan daripada murid-murid SKSJ(A)

Ucapan En.Abd Rahman, GB SKSJ(A)

Gambar kenang-kenangan warga SKSJ(A) dgn En.Keiichi Suzuki

TQ SMA.....

SKSJ(A) + SMA
 

Lagi Gambar Sekitar Program Smart Camp UPSR 2014













Wednesday 16 July 2014

Sunday 13 July 2014

Program Smart Camp UPSR 2014

Pada 7-10 Julai yang lalu, murid-murid Tahun 6 SKSJ (A) telah menjalani Program Smart Camp anjuran Bahagian Kurikulum SKSJ (A). Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid berkaitan dengan teknik menjawab soalan peperiksaan dan juga bagi memberi kesediaan murid menghadapi peperiksaan kelak.

Murid-murid pada sebelah pagi menjalani pembelajaran normal seperti biasa. Selepas tamat PdP di sebelah pagi, murid diberi rehat untuk solat zohor dan pengurusan diri. Pada pukul 2.30 - 4.30 petang, semua murid akan berkumpul di kelas untuk mengikuti teknik menjawab soalan yang telah disampaikan oleh tenaga pengajar yang telah dijemput khas untuk memberi dan berkongsi ilmu teknik menjawab soalan peperiksaan nanti.

Pada sebelah malam pula, selepas solat tarawih, sekali lagi murid-murid berkumpul di kelas untuk mengikuti kelas tambahan yang telah ditetap. Guru-guru Tahun 6 telah menyediakan soalan latih tubi untuk diberikan kepada semua murid. Begitulah rutin seharian murid-murid yang mengikuti program ini selama 4 hari 3 malam ini.

Tahniah diucapkan kepada penyelaras Tahun 6 kerana telah menjalankan program ini. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru Tahun 6 SKSJ khasnya dan semua guru SKSJ (A) amnya keran telah berjaya melaksanakan program ini..Tahniah...

Semoga tahun ini Murid-murid Tahun 6 dapat menghasilkan suatu keputusan yang dapat dibanggakan...berusahalah!!!

Solat Tarawih berjemaah

Kelas tuisyen....

Khusyuk murid-murid melakukan latih tubi...

Calon-calon harapan UPSR 2014

:)

Gelagat murid-murid

Good Luck