Salam takziah kepada seluruh anggota
keluarga Pesawat Boeing 777 / MH 17 yang terkorban semalam. Pesawat
Boeing 777-200 MH 17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh di
perkampungan Grabovo, Donestk, Ukraine, berhampiran sempadan Russia,
malam tadi.
Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri
Ukraine, Anton Gerashchenko, dalam laman Facebooknya berkata pesawat itu
dipercayai ditembak jatuh oleh pemisah di ruang udara Ukraine
menggunakan peluru berpandu ‘Buk’, sejenis peluru berpandu darat ke
udara.
Ketika kejadian, pesawat MH17 yang
dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur itu membawa 283
penumpang dan 15 kru. Semua penumpang dan kru dipercayai terbunuh dalam
tragedi itu.
Malaysia Airlines (MAS) hari ini
menjelaskan bahawa 298 orang iaitu 283 penumpang dan 15 anak kapal
berada dalam pesawat Boeing 777 yang terhempas di Ukraine semalam semasa
dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Penumpang dan anak kapal mengikut warganegara iaitu:
- Belanda 154
- Malaysia 43 (termasuk 15 anak kapal dan dua bayi),
- Australia, 27
- Indonesia, 12 (termasuk seorang bayi),
- United Kingdom, 9
- Jerman, 4
- Belgium, 4
- Filipina, 3
- Kanada, 1
- Dan 41 belum disahkan kewarganegaraan.
Takziah kepada semua ahli keluargs yang terkorban.
.
Diharap seluruh keluarga mangsa bersabar
dan redha menerima ujian ini dan mendoakan semoga roh2 Allahyarham
dicucuri dan dirahmati Allah Ta’ala dan ditempatkan bersama-sama roh
orang-orang soleh, beriman dan para syuhada. Al-Fatihah…
Kepada ahli keluarga bukan Muslim,
diharap dapat bersabar menerima kehilangan orang tersayang akibat
tragedy dahsyat yang di luar jangka ini dan sesungguhnya seluruh rakyat
Malaysia turut bersimpati atas pemergian mendiang.
.
Dalam kita mengikuti perkembang berita
seterusnya dengan persoalan bagaimanakah keadaan tubuh mangsa serta
apakah sebab sebenarnya pesawat tersebut diperlakukan sebegitu rupa.
.
MH 17 dinamakan bagi pesawat Boieng 777,
Semasa trgedi genap ulang tahun ke 17
Tarikh dilancarkan pada 17.7.1997
Tragedi berlaku pada 17.7.2014,
Hasil jumlah dari 2+0+1+4=7,
Banyak nombor 7…
Ada hikmah tersembunyi disebalik setiap yang berlaku…
Hendaklah kita bersabar, bertawakal, bertakwa dan redha kepada Allah سبحانه وتعالى. Sewajarnya tragedi ini dapat membantu kita muhasabah diri, menginsafi dan kembali dekat dengan Allah yang Maha Khaliq.
Apa yang pasti ALLAH سبحانه وتعالى menguasai 7 petala langit dan 7 lapisan bumi!
No comments:
Post a Comment