Selamat Datang Ke Laman Sesawang SK Sungai Judah (A) Pulau Carey

Monday 1 December 2014

Tuesday 2 September 2014

SIMPOSIUM KELAB DOKTOR MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN

TAHNIAH....
Kelab Doktor Muda Sek Keb Sungai Judah (A)
telah diberi kepercayaan mewakili sekolah-sekolah Asli seluruh Malaysia
membentangkan pengalaman Kelab Doktor Muda  di simposium peringkat kebangsaan.

Simposium telah berlangsung selama 3 hari (15-17 ogos 2014)
di Hotel Sri Manja Boutique , Kuantan Pahang .





   

Cikgu Azlina selaku penyelaras Kelab Doktor Muda SKSJ(A) menerima penghargaan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia selaku pembentang wakil Sekolah- Sekolah Asli.
Pembentangan sesi ketiga yang bertajuk " CABARAN PENERIMAAN KELAB DOKTOR MUDA DI SEKOLAH ASLI "




Bersama Cikgu Siti Sabariah selaku rakan seperjuangan guru penasihat Kelab Doktor Muda SKSJ(A)



Tahniah kontijen Negeri Selangor dari Sek Keb Bukit Rimau telah memenangi pertandingan INOVASI peringkat kebangsaan.

Majlis penutup simposium .
Harapan semoga Kelab Doktor Muda Sek Keb Sungai Judah (A) lebih cemerlang serta dapat melahirkan  seorang doktor di kalangan Orang Asli di masa hadapan.




Sunday 31 August 2014

Penyerahan Netbook Oleh Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Pada 28 Ogos yang lalu, SKSJ (A) telah menerima kunjungan dari pada Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi Dan Multimedia. Kunjungan beliau adalah untuk menyerahkan 20 buah netbook kepada warga SKSJ(A). Walaupun kunjungan beliau singkat tapi amat bermakna bagi kami semua.

Taklimat ringkas dari wakil sekolah dan SKMM

Penyerahn Netbook kepada GB


Jamuan ringan di Kantin SKSJ(A)

Sesi bergambar kenang-kenangan dengan Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek

Terima Kasih Daun Keladi, Ada Masa Silalah Datang Lagi..

D sini Lahirnya Sebuah Cinta....

Selamat Hari Merdeka daripada kami wagra SKSJ (A)...





Sunday 27 July 2014

Syawal Bakal Menjelang Lagi...

Bersempena dengan bulan Syawal yang bakal menjelang tiba,Kami warga SKSJ(A) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.Salah dan silap kami menyusun 10 jari memohon kemaafan seandainya ada yang terguris, tersaya dengan pihak kami...Jom Balik Kampong Beraya!!!




Sunday 20 July 2014

Tragedi MH17 - AlFatihah

tregedi MH17.
Salam takziah kepada seluruh anggota keluarga Pesawat Boeing 777 / MH 17 yang terkorban semalam. Pesawat Boeing 777-200 MH 17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh di perkampungan Grabovo, Donestk, Ukraine, berhampiran sempadan Russia, malam tadi.

Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko, dalam laman Facebooknya berkata pesawat itu dipercayai ditembak jatuh oleh pemisah di ruang udara Ukraine menggunakan peluru berpandu ‘Buk’, sejenis peluru berpandu darat ke udara.
Ketika kejadian, pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur itu membawa 283 penumpang dan 15 kru. Semua penumpang dan kru dipercayai terbunuh dalam tragedi itu.
Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan bahawa 298 orang iaitu 283 penumpang dan 15 anak kapal berada dalam pesawat Boeing 777 yang terhempas di Ukraine semalam semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Penumpang dan anak kapal mengikut warganegara iaitu:
  • Belanda 154
  • Malaysia 43 (termasuk 15 anak kapal dan dua bayi),
  • Australia, 27
  • Indonesia, 12 (termasuk seorang bayi),
  • United Kingdom, 9
  • Jerman, 4
  • Belgium, 4
  • Filipina, 3
  • Kanada, 1
  • Dan 41 belum disahkan kewarganegaraan.
Takziah kepada semua ahli keluargs yang terkorban.
.
Diharap seluruh keluarga mangsa bersabar dan redha menerima ujian ini dan mendoakan semoga roh2 Allahyarham dicucuri dan dirahmati Allah Ta’ala dan ditempatkan bersama-sama roh orang-orang soleh, beriman dan para syuhada. Al-Fatihah…
Kepada ahli keluarga bukan Muslim, diharap dapat bersabar menerima kehilangan orang tersayang akibat tragedy dahsyat yang di luar jangka ini dan sesungguhnya seluruh rakyat Malaysia turut bersimpati atas pemergian mendiang.
 .
Dalam kita mengikuti perkembang berita seterusnya dengan persoalan bagaimanakah keadaan tubuh mangsa serta apakah sebab sebenarnya pesawat tersebut diperlakukan sebegitu rupa.
 .
MH 17 dinamakan bagi pesawat Boieng 777,
Semasa trgedi genap ulang tahun ke 17
Tarikh dilancarkan pada 17.7.1997
Tragedi berlaku pada 17.7.2014,
Hasil jumlah dari 2+0+1+4=7,
Banyak nombor 7…
Ada hikmah tersembunyi disebalik setiap yang berlaku…
Hendaklah kita bersabar, bertawakal, bertakwa dan redha kepada Allah سبحانه وتعالى. Sewajarnya tragedi ini dapat membantu kita muhasabah diri, menginsafi dan kembali dekat dengan Allah yang Maha Khaliq.
Apa yang pasti ALLAH سبحانه وتعالى menguasai 7 petala langit dan 7 lapisan bumi!


 

Video Perkhemahan 2011

Terjumpa video lama...kenangan mengusik jiwa....


Saturday 19 July 2014

Majlis Iftar Bersama Suzuki Malaysia Automobile (SMA) 2014

Buat kali-3 berturut-turut, keluarga angkat kami Syarikat Suzuki mengadakan majlis berbuka puasa untuk anak murid Islam SKSJ(A) bertempat di Laman Qaseh Seksyen 7 Shah Alam pada 18 Julai 2014. Jutaan terima kasih kami tujukan kepada Syarikat Suzuki kerana sudi menjemput kami dan telah mengadakan aktiviti yang menarik kepada kami semua....Arigato Suzuki....:)

Murid-murid menunggu bas di Sekolah untuk ke Laman Qaseh

Keriangan terpancar di wajah murid-murid


Tiba di destinasi yang dituju

Cikgu Mai dan anak-anaknya

Warga SKSJ(A) disambut oleh SMA

Sekitar aktiviti yang sempat dijalankan oleh pihak SMA





Acara pemberian duit raya oleh En.Keiichi Suzuki..arigato..

Persembahan daripada murid-murid SKSJ(A)

Ucapan En.Abd Rahman, GB SKSJ(A)

Gambar kenang-kenangan warga SKSJ(A) dgn En.Keiichi Suzuki

TQ SMA.....

SKSJ(A) + SMA
 

Lagi Gambar Sekitar Program Smart Camp UPSR 2014