Selamat Datang Ke Laman Sesawang SK Sungai Judah (A) Pulau Carey

Monday 5 August 2013

Pertandingan Mewarna Batik Peserta KEDAP 2013

Agak lewat untuk meng'post'kan aktiviti ini kerana kesuntukkan masa di bulan Ramadhan, tetapi alhamdulillah saya cuba mengambil masa saya sedikit untuk meng'post'kan aktiviti KEDAP 2013 ini.
Aktiviti mewarna batik telah dijalankan pada hujung Bulan Jun baru ini telah mendapat sokongan dan kerjasama yang erat dari tenaga pengajar dan juga peserta KEDAP.

Pertandingan mewarna batik ini bertujuan untuk memupuk semangat cintakan hasil tradisional negara iaitu batik. Malah melalui aktiviti sebegini juga, dapat mengcungkil bakat terpendam para peserta KEDAP yang rata-ratanya semua hebat-hebat.

Sebelum para peserta mewarna batik masing-masing, para peserta telah diajar bagaimana untuk mewarna batik dengan betul. Sekolah telah menjemput Pn.Mashita untuk mengajar sedikit sebanyak cara-cara mewarna batik dengan betul. Selepas itu baru lah para peserta mewarnakan lukisan batik masing-masing.

Peserta sedang asyik mewarnakan batik masing-masing

Tahniah kepada para pemenang

Tahniah kepada para pemenang


Diharapkan agar aktiviti sebegini dapat lagi dijalankan pada masa hadapan..


No comments:

Post a Comment