Selamat Datang Ke Laman Sesawang SK Sungai Judah (A) Pulau Carey

Saturday 26 January 2013

Program Maju Diri SKSJ (A) 2013

Pada 15 dan 16 Januari yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SKSJ (A) telah mengadakan Program Maju Diri (PMD). Hal ini bertujuan bagi menyediakan murid-murid menghadapi sesuatu yang baru. Bagi murid-murid SKSJ (A) yang kebanyakkannya terdiri daripada murid-murid orang asli, persediaan untuk mereka menjalani sesi persekolahan baru amatlah penting.


Objektif utama program ini dilaksanakan adalah:

  • Memberi pendedahan serta kemahiran kepada murid-murid tentang cara pengurusan masa dan diri.

  • Mendedahkan cara-cara serta kaedah-kaedah belajar yang seronok dan menarik kepada murid-murid.

  • Memahamkan murid-murid tentang falsafah kehidupan

Ribuan teriam kasih diucapkan kepada semua warga SKSJ (A) yang telah bertungkus lumus bekerja keras bagi menjayakan program ini dan terus mencapai objektif yang disasarkan. Tanpa kerjasama yang padu dari semua pihak, PMD ini tidak mungkin akan terlaksana dengan jayanya.

 

Sekali lagi pihak admin mewakili Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak lansung bagi menjayakan program ini. Semoga program sebegini akan dijalankan lagi pada tahun hadapan.

 








Thursday 24 January 2013

Video Hari Kecemerlangan SK Sungai Judah (A) 2012

Jutaan terima kasih diucapkan kepada En.Safwan Helmi Bin Ja'far di atas kesudiann beliau untuk membuat satu video hari kecemerlangan SKSJ pada tahun lepas yang sangat menarik untuk ditonton oleh semua orang.

Semoga anda semua terhibur dengan video sekolah kami....

Selamat menonton dan semoga terhibur


Wednesday 2 January 2013

Sesi Persekolahan 2013 Sudah Bermula!!

Tanggal 2/1/2013 bermulalah sesi persekolah bagi tahun 2013. Pelbagai ragam dapat dilihat pada hari pertama persekolahan. Baik karenah murid-muridnya yang bermacam-macam ragam mahupun para guru yang sibuk menjalankan tugasan mereka pada hari pertama sesi persekolahan agar semua tugasan berjalan dengan lancar.


Barisan tenaga pengajar yang unggul dan cemerlang bakal mencurahkan segala ilmu kepada murid-murid SK Sungai Judah (A) pada tahun ini
En.Abd Rahman B. Ahmad, Guru Besar SK Sungai Judah (A) sedang memberi amanat pertama pada perhimpunan mingguan pertama.


Ibu Bapa yang datang bagi memberi semangat kepada anak-anak mereka yang pertama kali memasuki alam persekolahan. Tahniah dan syabas diucapkan kerana sanggup berkorban demi anak-anak supaya mereka berjaya kelak..


Harapan semua semoga pada tahun 2013, SK Sungai Judah (A) mampu melakar pelbagai kejayan dari segi aspek akademik mahupun sukan dan permainan. Semoga SK Sungai Judah (A) terus maju kehadapan seiring dengan arus pembangunan negara.