Selamat Datang Ke Laman Sesawang SK Sungai Judah (A) Pulau Carey

Monday 24 February 2014

Program Celik TM (IT)

Pada 22 Feb 2014 yang lalu, sebanyak 40 orang murid tahap 2 dari SKSJ telah menyertai Program Celik TM (IT) sempena Majlis Pelancaran Program iM4U Peringkat Kebangsaan Program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia bertempat di Kolej Matrikulasi Selangor.

Program Celik TM (IT) ini melibatkan sebanyak 100 orang peserta yang terdiri daripada 20 orang anak yatim Asnak As-Solihin, 40 orang murid dari SK Sg Judah dan 40 orang murid dari SK Sg Bumbun. Fasilitator pula yang terlibat adalah dari kalangan pelajar Kolej Matrikulasi Selangor itu sendiri.

Semua peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diselia oleh para fasilitator tersebut. Para peserta diajar mengunakan komputer dengan betul dan diakhirnya. murid diberi tugasan untuk menguji kemahiran tersebut.

Para peserta bertungkus lumus menyiapkan tugasan masing-masing dan dipersembahkan supaya dinilai oleh fasilitator. Hal ini kerana peserta yang berjaya menjalankan tugasan dengan cepat dan tepat akan diberi hadiah. Peserta dari SKSJ berjaya mengondol banyak hadiah daripada aktiviti tersebut. Ini membuktikan murid-murid SKSJ sangat hebat dalam menguasai bidang ICT. Tahniah!!

Beberapa momen-momen yang sempat diambil semasa program ini dijalankan...
Para peserta diberi bimbingan oleh fasilitator

Peserta fokus melihat tunjuka ajar dari fasilitator

Bekerjasama dalam menyiapkan tugasan

Peserta dari SKSJ...

Mengabadikan kenangan bersama abang-abang dan kakak-kakak fasi dari KMS

Peserta Lelaki dari SKSJ

Fokus......

Peserta daripada SKSJ terbaik!!...

abang & kakak fasi sibuk membantu para peserta

Smart.....

Confident....
Peserta daripada SKSJ bersama hadiah yang dimenangi oleh mereka...SYABAS...

 Program ini tamat pada pukul 12 tengahhari. Sebelum berangkat pulang ke Sg Judah, para peserta disajikan dengan Nasi  Ayam yang sangat sedap...Para peserta sangat seronok dapat menyertai program sebegini..Diharapkan program sebegini dijalankan lagi dimasa hadapan..jangan lupa jemputlah kami lagi ye!!


Program Motivasi Ibu Bapa dan Murid Tahun 5 & 6

Pada 17 Feb 2014 yang lalu, Unit Kurikulum Sekolah Kebangsaan Sungai Judah (A) telah mengadakan satu Program Motivasi Ibu bapa dan Murid Tahun 5 dan 6. Program ini diadakan bermula pada pukul 2.30 petang. Penceramah pada hari tersebut ialah Tuan Haji Saiful, Guru Cemerlang dari SK Telok Panglima Garang.

Alhamdulillah sambutan dari pihak Ibu bapa sangat memberangsangkan, memandangkan ini muerupakan program motivasi yang pertama kalinya dijalankan bersama ibu bapa murid-murid tersebut. Pelbagai maklumat dan input yang diberikan dari Tuan Haji Saiful kepada ibu bapa dan juga murid-murid.

Semoga program motivasi ini dapat memberi sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada ibu bapa dan juga murid-murid untuk berjaya dalam UPSR. Untuk memastikan kejayaan dapat dicapai dengan cemerlang, sokongan dan dorongan dari pihak ibu bapa juga sangat penting dalam memdidik anak-anak mereka.Semoga murid-murid juag bertambah bersemangat untuk berjaya dalam UPSR kelak.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program motivasi tersebut

Aktiviti Kasih IBU&AYAH

Sesi Soal jawab

Ibu bapa dan murid seronok bermotivasi

Keceriaan terpapar di wajah setiap peserta

Aktiviti Restu IBU&AYAH

Para peserta Program Motivasi
Thank You Tuan Haji Saiful, penceramah motivasi pada hari tersebut

Wednesday 12 February 2014

Aktiviti Sepanjang Bulan Januari 2014

Memandangkan admin tidak sempat meng'post'kan aktiviti setiap masa, maka admin telah merangkumkan semua aktiviti yang berjalan sepanjang bulan lepas dalam satu post sahaja. Pelbagai aktivit yang telah dijalankan pada bulan lepas antaranya Pertandingan Merentas Desa, Program Maju Diri (PMD) dan juga Sambuatan Maulidur Rasul Peringkat sekolah.

Di sini admin dapat menyiarkan di antara gambar-gambar sekitar sambutan aktiviti-aktivi tersebut. Semoga terhibur...

Program Maju Diri (PMD)
Aktiviti di dalam bilik darjah Tahun 4

Aktiviti di dalam bilik darjah Tahun 6

Aktiviti di dalam bilik darjah Tahun 5

Murid-murid khusuk melakukan tugasan yang diberikan

Aktiviti di luar bilik darjah

Aktiviti berkumpulan

Terbaik.....!

Hasil kerja murid
Aktiviti Bersama MILO..
Minum MILO anda jadi sihat & kuat!!!!

Beratur menunggu giliran...

Selain dapat minum free....dapat lagi hadiah free....suka-suka :)

Thank You MILO!!!!