Selamat Datang Ke Laman Sesawang SK Sungai Judah (A) Pulau Carey

Monday 24 February 2014

Program Motivasi Ibu Bapa dan Murid Tahun 5 & 6

Pada 17 Feb 2014 yang lalu, Unit Kurikulum Sekolah Kebangsaan Sungai Judah (A) telah mengadakan satu Program Motivasi Ibu bapa dan Murid Tahun 5 dan 6. Program ini diadakan bermula pada pukul 2.30 petang. Penceramah pada hari tersebut ialah Tuan Haji Saiful, Guru Cemerlang dari SK Telok Panglima Garang.

Alhamdulillah sambutan dari pihak Ibu bapa sangat memberangsangkan, memandangkan ini muerupakan program motivasi yang pertama kalinya dijalankan bersama ibu bapa murid-murid tersebut. Pelbagai maklumat dan input yang diberikan dari Tuan Haji Saiful kepada ibu bapa dan juga murid-murid.

Semoga program motivasi ini dapat memberi sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada ibu bapa dan juga murid-murid untuk berjaya dalam UPSR. Untuk memastikan kejayaan dapat dicapai dengan cemerlang, sokongan dan dorongan dari pihak ibu bapa juga sangat penting dalam memdidik anak-anak mereka.Semoga murid-murid juag bertambah bersemangat untuk berjaya dalam UPSR kelak.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program motivasi tersebut

Aktiviti Kasih IBU&AYAH

Sesi Soal jawab

Ibu bapa dan murid seronok bermotivasi

Keceriaan terpapar di wajah setiap peserta

Aktiviti Restu IBU&AYAH

Para peserta Program Motivasi
Thank You Tuan Haji Saiful, penceramah motivasi pada hari tersebut

No comments:

Post a Comment