Selamat Datang Ke Laman Sesawang SK Sungai Judah (A) Pulau Carey

Monday 24 February 2014

Program Celik TM (IT)

Pada 22 Feb 2014 yang lalu, sebanyak 40 orang murid tahap 2 dari SKSJ telah menyertai Program Celik TM (IT) sempena Majlis Pelancaran Program iM4U Peringkat Kebangsaan Program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia bertempat di Kolej Matrikulasi Selangor.

Program Celik TM (IT) ini melibatkan sebanyak 100 orang peserta yang terdiri daripada 20 orang anak yatim Asnak As-Solihin, 40 orang murid dari SK Sg Judah dan 40 orang murid dari SK Sg Bumbun. Fasilitator pula yang terlibat adalah dari kalangan pelajar Kolej Matrikulasi Selangor itu sendiri.

Semua peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diselia oleh para fasilitator tersebut. Para peserta diajar mengunakan komputer dengan betul dan diakhirnya. murid diberi tugasan untuk menguji kemahiran tersebut.

Para peserta bertungkus lumus menyiapkan tugasan masing-masing dan dipersembahkan supaya dinilai oleh fasilitator. Hal ini kerana peserta yang berjaya menjalankan tugasan dengan cepat dan tepat akan diberi hadiah. Peserta dari SKSJ berjaya mengondol banyak hadiah daripada aktiviti tersebut. Ini membuktikan murid-murid SKSJ sangat hebat dalam menguasai bidang ICT. Tahniah!!

Beberapa momen-momen yang sempat diambil semasa program ini dijalankan...
Para peserta diberi bimbingan oleh fasilitator

Peserta fokus melihat tunjuka ajar dari fasilitator

Bekerjasama dalam menyiapkan tugasan

Peserta dari SKSJ...

Mengabadikan kenangan bersama abang-abang dan kakak-kakak fasi dari KMS

Peserta Lelaki dari SKSJ

Fokus......

Peserta daripada SKSJ terbaik!!...

abang & kakak fasi sibuk membantu para peserta

Smart.....

Confident....
Peserta daripada SKSJ bersama hadiah yang dimenangi oleh mereka...SYABAS...

 Program ini tamat pada pukul 12 tengahhari. Sebelum berangkat pulang ke Sg Judah, para peserta disajikan dengan Nasi  Ayam yang sangat sedap...Para peserta sangat seronok dapat menyertai program sebegini..Diharapkan program sebegini dijalankan lagi dimasa hadapan..jangan lupa jemputlah kami lagi ye!!


No comments:

Post a Comment