Selamat Datang Ke Laman Sesawang SK Sungai Judah (A) Pulau Carey

Saturday 2 November 2013

Rangkuman Aktiviti KEDAP Sekitar Bulan Oktober

Kelas Dewasa Orang Asli dan Penan KEDAP telah menutup tirai bagi tahun 2013.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar kerana telah berjaya mengharungi dan mempelajari pelbagai ilmu sepanjang 75 hari persekolahan. Kiranya para pelajar KEDAP telah bergelar alumni KEDAP SK Sg. Judah dan bakal bergraduasi kelak.

Tapi sebelum tirai KEDAP melabuhkan tirainya, para pelajar telah ditugaskan untuk kali terakhirnya melakukan pertandingan nyanyian dan senamrobik bagi tahun 2013.Tradisinya pertandingan senamrobik merupakan acara wajib bagi setiap tahun kerana aktiviti sebegini sangat menyeronokkan dan dapat mengcungkil bakat-bakat para pelajar yang tersembunyi. Malah ia juga merupakan simbolik bahawasanya kelas KEDAP bakal tamat pada tahun ini.

Dikepilkan beberapa buah gambar suasana pertandingan nyanyian dan senamrobik nagi pelajar KEDAP bagi tahun 2013. Syabas dan tahniah kepada kumpulan yang berjaya memperoleh kejuaraan bagi tahun ini. 

Pertandingan Nyanyian

Persembahan daripada Kumpulan Orkid

 Pertandingan Senamrobik


Kumpulan Bunga Raya

Kumpualan Orkid

Kumpulan Mawar

Kumpulan Matahari

Kumpulan Rafflesia

Peserta Berdebar-debar menunggu keputusan...siapakah juara??adakah Orkid ataupun Rafflesia??

Kejuaraan milik Kumpulan Rafflesia...Tahniah!!
p/s: video pertandingan akan di muat turunkan pada entri yang akan datang...TUNGGU.....=)


No comments:

Post a Comment