Selamat Datang Ke Laman Sesawang SK Sungai Judah (A) Pulau Carey

Saturday 2 November 2013

Jamuan Kelas KEDAP 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Entri kali ini berkisarkan suasana jamuan makan KEDAP 2013. Jamuan ini bertujuan untuk meraikan para pelajar kerana telah berjaya dalam mempelajari pelbagai ilmu dan memperoleh pelbagai pengetahuan yang bakal mereka praktikkan dalam kehidupan seharian mereka.

Jamuan makan KEDAP tahun ini dijalankan pada 10 Oktober 2013, dimeriahkan lagi dengan kehadiran En.Abdul Rahman Bin Ahmad, Guru Besar SK Sg. Judah, En. Bidin Bin Loya,YDP PIBG, GPK dan tenaga pengajar kelas KEDAP 2103. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada En.Mohd Halimi Bin Harun, Penyelaras Kelas KEDAP dan seterusnya ucapan dari Guru Besar SK Sg. Judah.

Bagi mengamatkan lagi suasana jamuan, para peserta KEDAP ditugasan untuk melakukan persembahan nyanyian. Setiap kumpulan diwajibkan untuk mempersembahkan sebuah lagu dan diikuti dengan tarian. Semua persembahan daripada setiap kumpulan sangt menarik dan kreatif. Para tetamu terhibur dengan persembahan daripada mereka semua.

Semoga kelas KEDAP akan dijalankan lagi pada tahun hadapan. Semoga kite ketemu lagi di tahun hadapan...

Sekitar suasana persiapan tempat jamuan <pelajar perempuan>

Sekitar suasana persiapan tempat jamuan <pelajar lelaki>

Hidangan VIP yang mengiurkan...

Para VIP

Para Peserta KEDAP 2013 bersama anak-anak

En.Bidin, YDP PIBG

Selamat Menjamu Selera...

Terbaik......

Muka ceria selepas kekenyangan...=)


No comments:

Post a Comment