Selamat Datang Ke Laman Sesawang SK Sungai Judah (A) Pulau Carey

Saturday 2 November 2013

Program Guru Penyayang, Murid disayangi

Program Guru Penyayang, Murid disayangi ini merupakan anjuran unit Bimbingan dan Kaunseling SK Sg.Judah. Program ini bertujuan untuk mengeratkan perhubungan di antara pihak sekolah dengan para pelajar.

Pada 31 Julai baru-baru ini, sempena dengan persiapan sambutan hari raya, unit bimbingan dan kaunseling telah telah membawa semua pelajar-pelajar Islam ke Pusat Membeli-belah Giant Banting untuk membeli baju raya kepada setiap murid. 

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Syarikat Suzuki Sdn Bhd kerana telah menyumbangkan bantuan dalam bentuk kewangan untuk menampung pembelian baju raya kepada para pelajar Islam SK Sg.Judah. Tidak dilupakan juga kepada Pusat Membeli-belah Giant Banting kerana sudi menerima kami untuk membeli baju raya di Giant.

Suasana amat meriah dengan ragam para pelajar yang ceria membeli belah pakaian raya mereka dengan bantun para guru.

Terbaik...Program Guru Penyayang..Murid disayangi

Murid-murid di perkarangan Pusat Membeli-belah Giant, banting

Murid-murid sedang sibuk mencuba baju raya masing-masing

No comments:

Post a Comment