Selamat Datang Ke Laman Sesawang SK Sungai Judah (A) Pulau Carey

Wednesday 2 January 2013

Sesi Persekolahan 2013 Sudah Bermula!!

Tanggal 2/1/2013 bermulalah sesi persekolah bagi tahun 2013. Pelbagai ragam dapat dilihat pada hari pertama persekolahan. Baik karenah murid-muridnya yang bermacam-macam ragam mahupun para guru yang sibuk menjalankan tugasan mereka pada hari pertama sesi persekolahan agar semua tugasan berjalan dengan lancar.


Barisan tenaga pengajar yang unggul dan cemerlang bakal mencurahkan segala ilmu kepada murid-murid SK Sungai Judah (A) pada tahun ini
En.Abd Rahman B. Ahmad, Guru Besar SK Sungai Judah (A) sedang memberi amanat pertama pada perhimpunan mingguan pertama.


Ibu Bapa yang datang bagi memberi semangat kepada anak-anak mereka yang pertama kali memasuki alam persekolahan. Tahniah dan syabas diucapkan kerana sanggup berkorban demi anak-anak supaya mereka berjaya kelak..


Harapan semua semoga pada tahun 2013, SK Sungai Judah (A) mampu melakar pelbagai kejayan dari segi aspek akademik mahupun sukan dan permainan. Semoga SK Sungai Judah (A) terus maju kehadapan seiring dengan arus pembangunan negara.

No comments:

Post a Comment