Selamat Datang Ke Laman Sesawang SK Sungai Judah (A) Pulau Carey

Monday 5 August 2013

Majlis Berbuka Puasa Bersama SUZUKI

Pada 25 Julai yang lalu, SK Sg Judah telah menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Syarikat SUZUKI sdn. bhd di Holiday Inn dekat Shah Alam. Pihak kami berasa bersyukur dan berterima kasih kepada pihak SUZUKI kerana masih lagi sudi untuk menganjurkan majlis berbuka bersama kami selama 2 tahun berturut-turut.

 Majlis dimulai dengan jamuan berbuka puasa yang mana semua hidangan enak-enak dan lazat-lazat belaka. Majlis juga diserikan lagi dengan persembahan nasyid daripada pelajar-pelajar SK Sg.Judah. Majlis diakhiri dengan sumbangan duit raya oleh pihak SUZUKI kepada murid-murid SK Sg Judah.

Murid-murid sedang menjamu hidangan masing-masing

Sumbangan daripada pihak SUZUKI
Sebelum majlis bersurai, pihak SUZUKI dan warga SK Sg. Judah bergambar bersama-sama sebagai tanda kenang-kenangan.




Terima Kasih SUZUKI!!!
Wakil Pihak SUZUKI

No comments:

Post a Comment