Selamat Datang Ke Laman Sesawang SK Sungai Judah (A) Pulau Carey

Sunday 13 July 2014

Program Smart Camp UPSR 2014

Pada 7-10 Julai yang lalu, murid-murid Tahun 6 SKSJ (A) telah menjalani Program Smart Camp anjuran Bahagian Kurikulum SKSJ (A). Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid berkaitan dengan teknik menjawab soalan peperiksaan dan juga bagi memberi kesediaan murid menghadapi peperiksaan kelak.

Murid-murid pada sebelah pagi menjalani pembelajaran normal seperti biasa. Selepas tamat PdP di sebelah pagi, murid diberi rehat untuk solat zohor dan pengurusan diri. Pada pukul 2.30 - 4.30 petang, semua murid akan berkumpul di kelas untuk mengikuti teknik menjawab soalan yang telah disampaikan oleh tenaga pengajar yang telah dijemput khas untuk memberi dan berkongsi ilmu teknik menjawab soalan peperiksaan nanti.

Pada sebelah malam pula, selepas solat tarawih, sekali lagi murid-murid berkumpul di kelas untuk mengikuti kelas tambahan yang telah ditetap. Guru-guru Tahun 6 telah menyediakan soalan latih tubi untuk diberikan kepada semua murid. Begitulah rutin seharian murid-murid yang mengikuti program ini selama 4 hari 3 malam ini.

Tahniah diucapkan kepada penyelaras Tahun 6 kerana telah menjalankan program ini. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru Tahun 6 SKSJ khasnya dan semua guru SKSJ (A) amnya keran telah berjaya melaksanakan program ini..Tahniah...

Semoga tahun ini Murid-murid Tahun 6 dapat menghasilkan suatu keputusan yang dapat dibanggakan...berusahalah!!!

Solat Tarawih berjemaah

Kelas tuisyen....

Khusyuk murid-murid melakukan latih tubi...

Calon-calon harapan UPSR 2014

:)

Gelagat murid-murid

Good Luck


No comments:

Post a Comment